translate this

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

.


ShoutMix chat widget

rumah siap, pahat berbunyi



Biasiswa JPA: Pelajar cemerlang bukan bumiputera paling ramai
KUALA LUMPUR 16 Jun – Pelajar cemerlang bukan bumiputera merupakan paling ramai menerima biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu 68 peratus atau 282 orang berbanding pelajar bumiputera seramai 135 orang atau 32 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kumpulan pelajar itu merupakan 20 peratus daripada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 417 pelajar daripada keseluruhan 2,100 pelajar yang ditawarkan biasiswa berkenaan.

Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa pemberian biasiswa tajaan JPA kepada pelajar cemerlang adalah telus dan adil berdasarkan kepada meritokrasi tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

“Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian 9 A1 dalam SPM untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana ada sekolah yang mengehadkan pengambilan sembilan mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan tersebut.

“Berdasarkan perangkaan itu, tidak berlaku pelajar dianiaya disebabkan kulit mereka coklat, kuning atau hitam. Itu tidak berlaku, Yang Berhormat (Lim Kit Siang) kalau tak tahu, jangan cakap. Kerajaan berlaku adil dalam soal ini, kita tidak kira kaum, agama atau bahasa,” tegasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kit Siang dalam soalan tambahannya mempersoalkan ramainya pelajar cemerlang di kalangan bukan bumiputera gagal memperoleh biasiswa walaupun sistem meritokrasi dilaksanakan.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Tan Ah Eng (BN - Gelang Patah), Mohamed Nazri memaklumkan bahawa kerajaan pada 14 Januari lalu memutuskan Dasar Penajaan 2009 di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) yang dibahagikan kepada empat kategori:

Kategori Satu – Kecemerlangan akademik

- Penajaan tanpa mengira latar belakang kaum dan sosioekonomi.
- Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik (85 peratus) yang mendapat gred 9 A1 dalam SPM bagi semua subjek teras, 10 peratus untuk kokurikulum dan kaitan subjek elektif dengan bidang yang dipohon dan lima peratus untuk kelebihan temu duga.

Kategori Dua – Populasi kaum

- Penajaan mengikut populasi semasa kaum, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya untuk kaum tertentu maka ia akan diagihkan kepada kaum lain.
- Pemilihan berdasarkan kepada kecemerlangan akademik iaitu sekurang-kurangnya gred 2A dalam subjek teras dan elektif (75 peratus), kokurikulum (10 peratus), latar belakang sosioekonomi (10 peratus) dan temu duga (5 peratus).

Kategori Tiga – Bumiputera Sabah dan Sarawak

- Sebanyak 10 peratus diperuntukkan untuk pelajar kedua-dua negeri tersebut, sekiranya ia tidak digunakan sepenuhnya maka ia akan diagihkan kepada kategori lain.
- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosio ekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

Kategori Empat – Golongan ketidakupayaan sosial

- Penajaan untuk pelajar bandar dan luar bandar daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Sekurang-kurangnya gred 2A kombinasi subjek yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang dipohon dan lulus dalam semua subjek yang diambil iaitu (65 peratus), kokurikulum (5 peratus), sosioekonomi (25 peratus) dan temuduga (5 peratus).

now this is syazwan speaking :

saban tahun, isu yang sama masih diperbesar-besarkan. bermula dari bulan Januari sehingga Jun ramai pihak tidak habis-habis menuding jari antara satu sama lain bermula dari isu ketidaksamarataan pembahagian biasiswa mahupun wujud pilih kasih.

hakikatnya, kita perlu menerima kenyataan bahawa dalam dunia mutakhir, sistem
pendidikan negara mulai beransur-ansur bertukar kepada sistem meritokrasi. apa yg dmaksudkan dengan meritokrasi? sape gempak dier dpt. yup. that's how the system works. oleh sebab itu, saya kne sedar, anda kne sedar, kiter semua perlu sedar bahawa masa depan sepenuhnya bergantung kepada pencapaian individu tersebut. Tiada lagi istilah relaks sebab kita bumiputera, sebaliknya kita perlu mengukuhkan cengkaman dalam sesuatu bidang yang kita pelajari. oleh itu, jika anda bakal doktor, engineer, teacher, profesional photographer, broadcaster, reporter, businessman or even modern farmer. PLEASE be passionate in your field. we dont even know what will happen in future. Juz make sure you prepare yourself to be the best of the best. IF the cabinet nowadays has a lot of mckk boys. let STARIANs do the business in the country. yeah. i'm always dreaming of this. My friends,let's carve the history of malaysia together. AGAIN.

image

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

VIDEO

replace here testing

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

.:reality:. Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | Website Templates | Blogger Template is Designed by Lasantha.